Make your own free website on Tripod.com

TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG DAN KEPADA MEREKA YANG BERJAYA MENJAHIT BAJU DENGAN CARA SAYA INI.. so SIMPLE KAN...

*NOTA INI SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN UNTUK DI JUAL.... B O D O H BETUL MEREKA YANG MENJUALNYA ***********

KITA KONGSI DAN BELAJAR SAMA-SAMA YA... SELAMAT BERJAYA. lawatlah blog manik saya, TERIMA KASIH http://akumanik.blogspot.comn .

BELAJAR CARA NAK BUAT BAJU KURUNG

Free Hit Counters


 

sapa-sapa nak bagi pendapat, komen atau apa-apa saje
kliklah disini

Sign My
Guestbook

 
View My Guestbook

 

BELAJAR CARA NAK BUAT BAJU KURUNG

http://naninana.tripod.com
OLEH 
naninana..........12.07.2004
e-mail saya : pdgjawa@hotmail.com

*************

BAJU KURUNG

Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E
Senang bukan?

Apa-apanya...
A Badan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang
B Tangan - 2 keping, kiri dan kanan
C Kekek- 2 keping, kiri dan kanan
D Pesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah
E Leher - satu je

CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " )

Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,

  UKURAN

BILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK JAHITAN

ai, aii  Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuran Lebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan
aii  Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakang Lebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah
bi  Ukur Panjang Tangan Lebihkan 1" bawah dan 3/4" atas
biii  Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh)) Lebihkan 3/4 "
bi  Ukur lebar tangan bawah (separuh) Lebihkan 3/4"
c Ukur kekek, ini 4 segi sama Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
di  Ukur lebar pesak atas Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
dii  Ukur lebar pesak bawah Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
ei  Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam ni , luasanya sama aja.

biasanya 4 3/4", tak payah lebih, ngam2 atau kecikkan sikit dlm 2 mm
eii  Ukur labuh leher baju tu biasanya 4 - 41/2"

 


CARA MEMOTONG KAIN


AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi


A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan)

Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjaaaaang sebab depan dan belakang sekali.,

Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.

 

potong bahagian tangan


Kita ambil Bahagian B untuk Tangan

Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan.
Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) -    8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 .
so, B = 17 1/2 "
Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)


Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut.

POTONG PESAK (4 keping)


kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak

Cara saya mengukur pesak .

OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah

Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan pesak

Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" =  9 "

Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi )
kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkan di dan dii.
potong garisan tersebut, dan potong kiri dan kanan pesak.

Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.

POTONG KEKEK

Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"

 

ADUHHHH, SELESAI DUA BAB, MENGUKUR DAN MEMOTONG

nak tunjuk cara mencantum semasa menjahit pulak....
tapi, kena buat / tebuk leher dulu!

 

PERSEDIAN NAK BUAT LEHER


Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.

tadi ukur leher? katakankan 5"

Ambil kertas suratkhabar, lipat separuh, buatkan macam ni,gunting pelan tersebut

Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua.

Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.

ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu, potong satu lagi sama macam potong kat badan tu.



Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halus-halus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.

okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat nantilah, kalau tak tindih aje dengan mesin.

 

CANTUM BADAN

1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang sama ye..., atas dan atas.
2. Ambil satu kekek


Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau


Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau.

Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.

Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan kedua-dua bahagian pulak


cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah, asalkan sesual.


DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah tangan dan badan, kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap, tapi, dah boleh pakai dah....

TERIMA KASIHLAH.....