kembali

KAIN BAJU KURUNG

(ikut cara saya.., pakai sendiri)

 
UKURAN
1. Pinggang
2. Ponggong + 4 inci
3. Labuh
Katakan Ukuran ialah:
1. Pinggang = 34 inci
2. Ponggong =  42 inci + 4,
    kemudian dibahagi 2
    = 42+4 = 46 bahagi 2 = 23 inci
3. Labuh = 40 inci


Dari kain yang buat baju , 2 m utk baju,  2 m lagi untuk kain


Kain dilipat 2
Biasanya , ukuran dalam 30 - 33 inci


1. Mula-mula kain dilipat 2

2. Ukuran lebarnya dalam 30-33 inci

3. Ukur labuh dari bawah labuh kain + 1/2 inci (untuk lipat bawah)

4. Tandakan dengan kapur bahagian labuh di atas (seperti gambar)

5. ukur Zip (Zip 8 inci, atau terpulang kepada anda), 1 inci dibawah dari tanda kapur (no. 4) 
     tadi., kemudian tanda kapur dibawah tempat zip.

6. Jahitkan dengan mesin (garisan hijau) , dari tempat ukur zip ke bawah)

7. Kemudian, lipatkan 1/2 inci dibahagian kaki, dan jahit dengan mesin ( garisan oren), jahit 2
    kali, mulakan bahagian atas dan kemudian, baru bawah kaki

8. Gosokkan bahagian jahitan kain tadi.

9. Jahitkan Zip dari bahagian kain yang betul

 

10.
A - Ukuran lebar (30 - 33 inci)
B- Ukuran Ponggong (23 inci)
C - Baki dari lebar kain dengan  ponggong

C - Katakan lebih ialah 12 inci.
      kalikan dengan 2.   12 x 2 = 24 inci. (lebih senang jika tengok dalam cm, 24 inci = 61 cm)
      okey, dari 24 inci, anda agak berapa lipatan anda boleh buat. (kadang2 lebih bahagian ini
       kecil sahaja,       mungkin hanya dapat 1 atau 2 lipatan sahaja.)

      Kita katakan buat 3 lipatan.    So,  24 bahagi 3 =  8 inci

11. Tandakan dengan kapor setiap 8 inci, dan 3 bahagian (untuk 3 lipatan.)

12. GOSOKkan dengan seterika tanda lipatan tadi.

13.  3 lipatan tersebut disatukan, dan dijahit 3-4 mm dari tepi. Jahit dalam panjang sama 
       atau lebih sedikit dari  zip

14.  Kemudian, baru dicantumkan dengan zip. Jahit dalam jarak 1 - 1 1/2 cm dari tepi/ dari zip


Gambarajah Y

15. Buat satu jahitan serong seperti gambarajah Y.

16. Dari tanda kapor di atas, ukur dalam 1 1/2 inci  atau 2 inci.

17. Tandakan dan potong.

18. Jahit tepi bahagian atas yang dipotong itu, atau biarkan.


gambarajah X

19. Kemudian, bahagian 1 1/2 inci (atau 2 inci) di LIPAT ke dalam. Sekiranya telah 
      dijahit tepi,  anda hanya perlu lipat. Jika tidak, lipat sorokkan bahagian tepi ke dalam 
      agar tidak berbulu. (camno nak cakap ye...)

20. Dah lipat ke dalam, jahitkan dalam anggaran 1 1/4 inci  daripada atas, 1 inci ni 
      bergantung  kepada lebar getah pinggang elastik yang akan dimasukkan. 
     (ada jugak getah yang berukuran 3/4 inci .. sesuai untuk  kain budak)

MASUKKAN GETAH. 
(saya guna getah semua, senang sikit!)

Ukuran pinggang = 34 inci
UKURAN GETAH  kurangkan dalam 2 1/2 hingga 3 inci

 = 31 inci.

21. Kemudian buatkan satu lebihan kain dalam ukuran seperti rajah berikut.  kain ini 
      diambil dari kain perca, dan buat 2  - 3 lapis biar tebal sikit.


Gambarajah Z

22. Kemudian, masukkan getah dalam kain (gambarajah X) tadi. Masukkan dari bahagian 
      getah  yang  dilekatkan PIN. dan dimulakan pada kain, yang ada kain lipatan tadi.  

23. Tarik sikit-sikit sehingga sampai penghujung.  Kemudian Sematkan dengan jarum peniti
      kedua2 hujung supaya tak Terlepas masuk semula getah tersebut.

24.  Ingat tak bahagian yang dijahit serong dalam gambarajah Y?. Pastikan jahitan tersebut 
       di tengah2, tarik getah bagi balance.

25. Lebihan kain (Gambarajah Z) biarkan keluar.. ( nak bubuh cangkuk) 
26.  Bila dah balance, JAHITKAN di tengah2 kain yang dah masuk getah tadi.
       CARANYA - Tarikh Kain bagi tak berkedut dengan getah dan jahitkan. 
       Buat sehingga Penghujung.

27. Kemudian, jahitkan cangkuk (Hook). 

JADI TAK????

kembali