kembali

http://naninana.tripod.com
ROYAL SCALLOP

BAHAGIAN SCALLOP


Pelan ini bagus jika dibuat diatas kertas keras (manila kad yang besar), di tandakan, jarak atas dan bawah sekali ialah 2 cm, dan ditengah2 diselangkan 5 cm dan 2 1/2 cm. Di tanda-tanda jarak itu, sebaiknya digunting seperti di gambar A1 berwarna merah, supaya tanda tersebut tidak lari/ hilang.


gambar A1

Gambar A2

Cara Memotong

- Pelan ini diletakkan di atas kain yang dilipat menyerong. (Apabila kain dilipat menyerong, Ombaknya lebih cantik!), 
- Bahagian yang ditanda ialah bahagian tepi kain, lebihkan sebanyak 1 cm dibahagian tepi atas dan bawah (bahagian lipatan di kain serong tidak perlu lebih). 
- Tandakan dengan kapor dan Guntingkan kain, kemudian gunting sedikit  kain di tanda-tanda merah tu..., camne nak cakap ye...?Tunjuk gambarkan senang!

Contoh Ukuran : (" = inci)

Lebar Tingkap = 75 inci
Tinggi Tingkap = 48 inci
Bidang kain = 48 inci

Lebar Scallop = 25" untuk tingkap

Untuk Mencari Jumlah Scallop


LEBAR TINGKAP BAHAGI(/) LEBAR SCALLOP = JUMLAH SCALLOP

contoh : 75" / 25" = 3 scallop

Untuk Mencari Jumlah meter kain

1 scallop memerlukan 1.25 meter kain
Jika 3 scallop = 1.25m x 3 = 3.74 meter

 

BAHAGIAN TAIL

Tail ialah Bahagian Kiri dan Kanan Langsir

Cara Potong

Kain dilipat dua, (36" - ditepi kain)

Untuk Mencari Jumlah Meter Kain

tail = 36"
Kiri dan kanan = 2 x 36" = 72" bahagi 39  = 1.85 meter (betul ke ni..., dalam buku tulis cam ni...)

KESELURUHAN JUMLAH KAIN

= Jumlah Scallop + Jumlah Tail
= 3.75m + 1.85 m
= 5.6 Meter (atau 5.5 meter)

 

Fringles (rambu)

Kira setiap hujung @ lebihkan 2 meter dari jumlah kain.
5.5m + 2 m = 7.5m

 

CARA Nak Jahit Scallop

- Buka kain yang telah dipotong
- Jahit tepi bahagian bawah dan atas sahaja
- Kemudian, jahitkan FRINGLES (RAMBU) dibahagian bawah!


- Pastikan anda dah potong tepi2 mengikut tanda (atau tanda kapur)

- Lipat dua bahagian atas dan jahitkan dalam 2 cm disini


- Cantumkan pada belah belakang kain....
- Gunakan jarum peniti yang ada manik bulat ..., senang nanti
- Cantumkan yang lima cm kepada 2 cm.., sematkan dengan peniti
- buat semua, kiri dan kanan....

mesti dapat cam ni...
lurus sahaja di bahagian atas

kemudian, jahit jelujur halus2 (atau tindih je dengan mesin) kat atas tu..., lepas/sambil tu, bolehlah cabut jarum peniti

Buat scallop yang lain pulak.

 

CARA Nak Jahit Tail
Lipat
atau tindihkan..., sehingga dapat dalam 12 inci.

 

CARA MENYAMBUNG SCALLOP DENGAN TAIL

1) Ukur lebar setiap scallop dan tail
  12" + 25" + 25" + 25" + 12" = 99"\

2) Ukuran Lebar tingkap dicampur 3"
   75" + 3" (lebihan jahitan) = 78"

3) Untuk mengetahui jumlah pertindihan
    =  99" - 78"
    =  21" bahagi 4 (bahagian tindihan - (kalau 2 scallop, 3 tindihan))
    = 5.25 "

BEN
  

dihujung scallop yang  dah di sambungkan, jahit ben (terbalik)

dah jahit ben, jahitkan pula penyangkut langsir. jahitkan sebelum lubang. lepas tu, naikkan, selitkan lebihan ben dan jelujur/ kemudian tekan dengan mesin.

DAH JADI DAH

kembali