BELAJAR CARA NAK BUAT BAJU 
KEBARUNG


OLEH 
nie.........01/02/05

UKURAN..., SEMUANYA AMBIL UKURAN BAJU KURUNG. SAPA-SAPA YANG DAH PANDAI BUAT BAJU KURUNG, SENANG JE BUAT KEBARUNG.

Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E
Senang bukan?

Apa-apanya...
A Badan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang
B Tangan - 2 keping, kiri dan kanan
C Kekek- 2 keping, kiri dan kanan
D Pesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah
E Leher - satu je

CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " )

Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,

  UKURAN

BILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK JAHITAN

ai, aii  Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuran Lebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan
aii  Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakang Lebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah
bi  Ukur Panjang Tangan Lebihkan 1" bawah dan 3/4" atas
biii  Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh)) Lebihkan 3/4 "
bi  Ukur lebar tangan bawah (separuh) Lebihkan 3/4"
c Ukur kekek, ini 4 segi sama Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
di  Ukur lebar pesak atas Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
dii  Ukur lebar pesak bawah Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
ei  Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam ni , luasanya sama aja.

biasanya 4 3/4", tak payah lebih, ngam2 atau kecikkan sikit dlm 2 mm
eii  Ukur labuh leher baju tu biasanya 4 - 41/2"

 

Hadapan - Potong 2 Helai

A- (Belakang) Bahu bahagi 2
b - (Hadapan) Bahu bahagi 2 + 1  1/2 inci (kalau budak + 1 1/4 inci)


Tangan, Kekek, Pesak, semuanya ikut ukuran baju kurung biasa.

Cuma badan hadapan dan belakang sahaja lain.

1.  Cantumkan Bahu kiri dan kanan. 

2.  Bahagian hadapan kebarung...., yang 4 " tu, dilipat 2 1/2 inci ke dalam, dan lipat semula 1 1/2 inci ke hadapan. Ia akan jadi bahagian depan kebaya... Betul tak?

3. Gosok

4. Bahagian Leher, sambungkan elok2 bagagian depan kiri dan kanan, kemudian letakkan elok-elok dengan leher belakang, gunakan jarum peniti. Selepas Ngam dengan leher belakang, Tandakan , dan jahitkan mesin, kemudian, baru tindih ke leher belakang.

Kalau nak bahagian depan meruncing .., potongkan senget ke depan...

Lain2 sambung macam biasa.

Kain..., kena pakai dengan lain lipat depan. baru sesuai!

OK..., BAGI KOMEN ANDA!