kembali

BAJU BUDAK

Biasanya saya suka ukur baju budak yang siap..., lepas tu kita rekalah apa fesyen nak buat.

Contoh - Gaun

Letakkan baju tu. Kemudian, ukur :

dari ukuran tu, baru buat pelan di atas kertas.

gambar 1 (badan hadapan)
bahu/2

gambar 2 (badan belakang)

pelan, sama seperti bahagian hadapan, cuma labuh leher dalam 2 cm sahaja

gambar 3(skirt)

gambar 4(tangan)


LEKOK TANGAN - Kira dengan tali ukur. lekok tangan (B) lebih 1-2 cm dari lekok tangan (A)

POTONG
Kemudian, letakkan pelan ke atas kain yang dilipat 2. sematkan dengan jarum peniti, potong kain dan lebihkan dalan 1/2 inci untuk jahitan.

*********************

Terpulang samada nak buat zip belakang, atau butang hadapan atau cuma sedikit lubang di belakang leher.
Jika mahu buat zip di belakang, gunakan tepi kain, dan lebihkan 11/2  inci untuk zip.

*********************

Jika butang hadapan , begitu juga. Lebihkan dalam 5 cm.

Leher. Jahit bulat. gunakan piping.

SKIRT

Kedutkan bahagian atas. jahit kasar 2 kali (jarak dalam 1 cm. kemudian, tarik benang sehingga kedut sama dengan lebar pinggang. cantumkan.

CARA JAHIT

1. Jahit tepi semua kain yang telah dipotong
2. Cantumkan Bahu, 
3. Jahit kedut bahagian atas skirt (atau jelujur)
4. Cantumkan Skirt dengan badan, bahagian hadapan dan belakang.
5. Jika hendak gunakan zip, ukur panjang zip, kemudian jahit,
6. Kemudian Baru cantumkan badan

 

TANGAN

1. Cantumkan tangan dahulu.
2. Terbalikkan (bahagian betul)
3. Masukkan tangan tersebut ke dalam ketiak badan, dari bahagian dalam.
4. Cantumkan dengan peniti sehingga sama
5. Jahitkan.


Semasa jahitkan TANGAN, bahagian bawah jangan jahit terus, tetapi bengkokkan sedikit supaya tidak berkedut semasa buat lipatan bawah tangan


Cara cantumkan tangan dan badan

Kemudian , lipatkan bahagian tangan, dan bawah skirt.

Siapkan pula Leher.

SIAP DAH

kembali